Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^
Apakah itu update?
Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.
Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?
Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.
Kenapa perlu update antivirus?
Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.
Monday, April 20, 2009
Kenapa Perlu Update Antivirus?
Posted by Minato Namikaze at 6:27 AM 0 comments
Mendapatkan Kembali Folder Options
Pada kebiasaannya bila anda buka My Computer, akan terdapat menu Tools > Folder Options. Namun jika komputer anda baru sahaja terkena serangan virus, mungkin Folder Options ini akan hilang. Untuk mendapatkannya kembali, anda boleh gunakan Registry Editor ataupun Group Policy Editor. Ikuti salah satu dari mana-mana langkah berikut:
Menggunakan Registry Editor (regedit)
1.Pada kotak Run, taipkan regedit dan tekan Enter untuk melancarkan Registry Editor.
2.Pergi ke HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
3.Cari NoFolderOptions dan tukarkan nilainya kepada 0.
4.Restart komputer.
Menggunakan Group Policy Editor (gpedit.msc)
1.Pada kotak Run, taipkan gpedit.msc dan tekan Enter untuk melancarkan Group Policy Editor.
2.Pergi ke User Configuration\Administrative Templates\Windows Components\Windows Explorer
3.Pada bahagian kanan, double-click pada Remove the Folder Options
4.Tetapkan nilainya kepada Not Configured.
5.Restart komputer.
Posted by Minato Namikaze at 6:14 AM 0 comments
Menyelesaikan Masalah “NTLDR is Missing”
Anda hidupkan komputer anda, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang anda dapat lihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:
NTLDR is missingPress Ctrl Alt Del to Restart
Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan.
Posted by Minato Namikaze at 6:11 AM 0 comments
5 Cara Untuk Lajukan Windows XP
Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:
Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.
Matikan Servis Yang Tidak Perlu
Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.
Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.
Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.
Posted by Minato Namikaze at 5:30 AM 0 comments
Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk
Soalan:
Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?
Penerangan:
Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.
Penyelesaian:
1.Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.
2.Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
◦Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
◦Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
3.Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
4.Restart komputer
Posted by Minato Namikaze at 5:27 AM 0 comments
Sunday, April 19, 2009
Salin Formatting Dalam Microsoft Word
Untuk menyalin formatting dalam Word, anda hanya perlu menekan Ctrl+Shift+C pada teks pertama, dan tampal formatting tersebut dengan menekan Ctrl+Shift+V pada teks kedua. Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana fungsi ini akan dapat menjimatkan masa anda.
Sewaktu menaip dokumen menggunakan Microsoft Word, biasanya kita perlu memastikan formatting seragam di sepanjang dokumen agar ianya nampak kemas dan profesional.
Dalam formatting pula, perkara paling leceh yang perlu dibetulkan adalah berkaitan dengan indentation. Puas la nak tekan kekunci Tab berkali-kali, ataupun terpaksa menggunakan fungsi pembaris dalam Word untuk mendapatkan indentation yang betul. Untuk menggambarkan apa yang saya cakap ni, lihat contoh pada rajah di bawah:
Berdasarkan rajah di atas, teks nombor 1 dan 2 sepatutnya mempunyai formatting yang sama. Namun kita dapat lihat teks nombor 2 mempunyai indentation yang lari dari asal. Kalau nak betulkannya secara manual, kita perlu menggunakan fungsi pembaris yang terletak di bahagian atas tersebut.
Jadi, gunakanlah Ctrl+Shift+C dan Ctrl+Shift+V untuk menyalin formatting dengan mudah, supaya dapat menjimatkan masa. Hasilnya kedua-dua teks menjadi tersusun dan kemas.
Posted by Minato Namikaze at 6:31 PM 0 comments
Senarai Antivirus
Banyak perkhidmatan antivirus yang berada di pasaran. Setiap antivirus memiliki tahap keselamatan yang berbeza. Mereka berusaha untuk menjaminkan kepuasan kepada pengguna dan sentiasa bertungkus-lumus untuk membanteras serangan virus yang semakin menjadi-jadi. Banyak perkhidmatan yang boleh didapati secara percuma mahupun berbayar. Gunakan antivirus mengikut keperluan.. Berikut ialah antara senari antivirus yang berada di pasaran yang boleh di dapati secara percuma:
1. Bit Defender
2. Kaspersky Internet Security
3. Avg
4. Avast
5. F-secure
Posted by Minato Namikaze at 7:35 AM 0 comments

