Tuesday, November 10, 2009

Harga dan pakej Windows 7



Jika berkemampuan, belilah barangan yang original. Windows 7 telah dijual di Malaysia dan harga adalah berbeza mengikut versi.

* Windows 7 Ultimate – RM648.00
* Windows 7 Professional – RM478.00
* Windows 7 Home Premium – RM368.00
* Windows 7 Starter – RM148.00

Windows 7 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64). Apa pula beza antara windows 32 bit dan 64 bit?

Majoriti pengguna Windows menggunakan windows 32 bit. Kebaikan menggunakan windows 7 32bit ialah anda hanya memerlukan minimum ram 1gig dan banyak software serta games yang boleh dimainkan dan disokong di windows 32 bit. Kelemahannya pula ialah hanya mampu menggunakan RAM maksimum sehingga 4 gig sahaja.

Manakala windows 64 bit pula sangat jarang digunakan orang biasa, dan ianya popular di kalangan developer, tech savvy dan geeks. Windows 64 bit lebih stabil, bagus dari segi performance dan menyokong ram sehingga 8gig, 16gig malah 128gig ram. Namun, kekurangannya adalah memerlukan processor 64 bit, minimum ram 2gig dan banyak software dan games tidak compatible di windows 64 bit.

Untuk pengguna biasa, saya sarankan anda guna Windows 32-bit sahaja.

0 comments: