Monday, April 20, 2009

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Soalan:

Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.


Penyelesaian:

1.Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.
2.Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
◦Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
◦Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
3.Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
4.Restart komputer

Sunday, April 19, 2009

Salin Formatting Dalam Microsoft Word

Untuk menyalin formatting dalam Word, anda hanya perlu menekan Ctrl+Shift+C pada teks pertama, dan tampal formatting tersebut dengan menekan Ctrl+Shift+V pada teks kedua. Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana fungsi ini akan dapat menjimatkan masa anda.

Sewaktu menaip dokumen menggunakan Microsoft Word, biasanya kita perlu memastikan formatting seragam di sepanjang dokumen agar ianya nampak kemas dan profesional.

Dalam formatting pula, perkara paling leceh yang perlu dibetulkan adalah berkaitan dengan indentation. Puas la nak tekan kekunci Tab berkali-kali, ataupun terpaksa menggunakan fungsi pembaris dalam Word untuk mend
apatkan indentation yang betul. Untuk menggambarkan apa yang saya cakap ni, lihat contoh pada rajah di bawah:












Berdasarkan rajah di atas, teks nombor 1 dan 2 sepatutnya mempunyai formatting yang sama. Namun kita dapat lihat teks nombor 2 mempunyai indentation yang lari dari asal. Kalau nak betulkannya secara manual, kita perlu menggunakan fungsi pembaris yang terletak di bahagian atas tersebut.

Jadi, gunakanlah Ctrl+Shift+C dan Ctrl+Shift+V untuk menyalin formatting dengan mudah, supaya dapat menjimatkan masa. Hasilnya kedua-dua teks menjadi tersusun dan kemas.








Senarai Antivirus

Banyak perkhidmatan antivirus yang berada di pasaran. Setiap antivirus memiliki tahap keselamatan yang berbeza. Mereka berusaha untuk menjaminkan kepuasan kepada pengguna dan sentiasa bertungkus-lumus untuk membanteras serangan virus yang semakin menjadi-jadi. Banyak perkhidmatan yang boleh didapati secara percuma mahupun berbayar. Gunakan antivirus mengikut keperluan.. Berikut ialah antara senari antivirus yang berada di pasaran yang boleh di dapati secara percuma:


1. Bit Defender
2. Kaspersky Internet Security
3. Avg
4. Avast
5. F-secure

Memulih Sistem (System Restore)

Kadang-kadang tanpa peringatan lebih dulu, komputer kita tiba-tiba mogok. Windows lagi mogok aksi. Biasanya karena masalah file yang corrupt atau system file yang terganggu, konflik sftware/driver, dll. Untuk menghadapi masalah seperti ini, biasakanlah untuk mem-backup system pada periode-periode tertentu. Sehingga bila tiba-tiba Windows bermasalash kita bisa mengembalikan kondisinya ke saat komputer kita masih fit. Fasilitas yang digunakan adalah System Restore, caranya:

Klik tombol Start (kiri bawah layar)
Klik All Programs
Pilih Accesories
Pilih System Tools
Klik System Restore
Akan muncul layar System Restore (klik disini untuk lihat gambarnya)
Klik pilihan Restore My Computer to an Earlier Time
Klik tombol Next di bagian kanan bawah
Akan muncul layar popup kalender. Pilih tanggal yang akan dipilih (tanggal dimana system pernah di backup, biasanya tanggalnya dalam format bold) yang kita tahu pada saat itu kondisi komputer segar bugar; lalu tekan tombol Next. (klik disini untuk lihat gambarnya)
Untuk meng-konfirmasi pilihan anda tekan tombol Next.
Proses Restore System dimulai. Bila selesai, maka komputer akan Restart secara otomatis.

Tips:
Biasakanlah membackup system secara berkala
Backup-lah system anda dalam kondisi yang baik, dan upayakan bebas dari virus. Karena bila tidak, maka pada saat di restore, virus yang ada juga ikut di restore.
Backup-lah system anda sebelum meng-install software baru, sehingga bila terjadi konflik dan komputer anda bermasalah, maka dapat segera dikembalikan ke kondisi semula.
Backup-lah system anda setelah menginstall software baru dan anda yakin aplikasi tersebut berjalan dengan baik. Itu berarti anda memiliki backup system dalam kondisi terbaru.
Untuk memudahkan menjalankan System Restore, buatlah shortcut-nya dan letakkan di desktop atau di "paku" (pin) di menu Start (Start->All Programs->Accesories->System Tools, kemudian klik kanan pada System Restore dan klik Pin to Start Menu).
Bila ada yang kurang jelas silahkan bertanya via milis (mailing list) Makassar Windows User. Di milis ini anda juga bisa bertanya probematika Windows dan MS Office lainnya.

Generasi Windows

Dos
1987 9 Disember - Windows 2.0
1990 22 Mei - Windows 3.0
1992 Ogos - Windows 3.1
1992 Oktober - Windows for Workgroups 3.1
1993 November - Windows for Workgroups 3.11
1995 24 Ogos - Windows 95
1998 25 Jun - Windows 98
1999 5 Mei - Windows 98 SE
2000 19 Jun - Windows Me

NT Kernel
1993 Ogos - Windows NT 3.1
1994 September - Windows NT 3.5
1995 Jun - Windows NT 3.51
1996 29 Jul - Windows NT 4.0
2000 17 Februari - Windows 2000
2002 - Windows XP
2003 - Windows Server 2003

Tips penjagaan mata utk kita yg mengadap PC

1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3. Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4. Adjust warna pada monitor sehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5. Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6. Selalulah kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

7. Boleh gunakan cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

8. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

9. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama, istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10. Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A (sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

Saturday, April 18, 2009

Asas Arahan Dos (Dos Command)


Pada minggu ini saya memperkenalkan beberapa arahan MS-DOS yang utama. Antaranya :

- dir
- cd
- ver
- md
- rd
- del
- ren
- copy
- dan bagaimana menukar drive pada pendorong DOS

berikut merupakan arahan asas dos yang boleh digunakan di dalam applikasi windows anda.

Contoh :

Untuk menyenaraikan ke semua direktori di dalam storage c: anda sila guna arahan di bawah :
A>dir
untuk menyenaraikan storage yang lain sila guna arahan seperti di bawah :
A>dir d:

Selamat Mencuba.