Wednesday, May 6, 2009

10 Kelebihan Windows XP Service Pack 2 (SP2)

Melindungi komputer anda daripada lampiran yang merosakkan
Setiap kali anda menerima sisipan/lampiran tidak selamat dan berpotensi mengandungi virus, SP2 akan memberi amaran. Virus-virus ini boleh merebak melalui Internet Explorer, Microsoft Outlook Express, dan Windows Messenger.

Meningkatkan privasi ketika melayari Web
SP2 membantu melindungi maklumat-maklumat peribadi pada PC dengan penyelarasan keselamatan kepada fail-fail dan bahan yang dimuat turun menggunakan Internet Explorer.

Mengelakkan muat turun bahan tidak selamat
Internet Explorer Information Bar memantau dan memberi amaran bahan-bahan yang mempunyai potensi virus setiap kali Internet Explorer memuat turun bahan-bahan tersebut. Anda diberi pilihan untuk menyekatnya daripada dimuat turun melalui fungsi ini.

Mengurangkan pop-up yang tidak menyenangkan
Internet Explorer Pop-Up Blocker menjadikan pelayaran Internet lebih mengasyikkan tanpa gangguan iklan-iklan yang muncul setiap kali membuka laman-laman tertentu.

Perlindungan firewall sepanjang komputer digunakan
Windows Firewall dalaman dan berkuasa ini akan diaktifkan secara semulajadi setiap kali komputer dibuka. Ini membantu melindungi Windows XP daripada virus dan cecacing yang disebarkan melalui Internet.

Mengawal sendiri penyelarasan keselamatan
Windows Security Center membolehkan anda melihat dengan mudah status keselamatan dan menguruskan penyelarasan keselamatan utama dari satu tetingkap.

Mendapatkan pengemaskinian perisian dengan mudah
Automatic Updates Windows XP yang ditingkatkan memudahkan anda mengakses pengemaskinian Windows. Sebagai tambahan, teknologi baru telah dimasukkan bagi membantu pelanggan dial-up mendapatkan peningkatan dengan lebih berkesan.

Membantu melindungi alamat e-mel
Ciri tambahan Outlook Express membantu mengurangkan kemasukan emel-emel tidak diingini dengan menghadkan kebarangkalian alamat emel anda digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bertindak terhadap kemusnahan disebabkan pelayar tambahan
Add-On Manager di dalam Internet Explorer membolehkan anda melihat dan mengawal dengan mudah penambahan bagi mengurangkan potensi kemusnahan dan menikmati pengalaman perayauan tanpa masalah.

Tanpa wayar dengan lebih mudah
SP2 meningkatkan sokongan untuk tanpa wayar dan meringkaskan proses pencarian dan penyambungan rangkaian di rumah mahu pun di luar.

0 comments: